Sunday, September 15, 2013

tonight, i'm crooked

Assalamualaikum penduduk bumi :)
Agak kekok aku nak taip nih. Boleh nampakkan yang aku nih dah lama tak update belog. Aiseh, sibuk-sibuk lah semenjak nih. Sibuk dengan belajar,assignment,nak revision lah lagi dengan sibuk nak habis kan drama korea-jepun yang bersarang berlambak dalam hard disk aku tuh.
Tulah kehidupan aku. Aku jugak turut sibuk sebagai hamba ALLAH dalam melakukan perintahNya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Pejam celik pejam celik dah lama masuk bulan September. Alah,tak lama lagi aku nak habis dah semester satu tahun ke-2 di CFSIIUM - 3 minggu lagi - Wow,kiranye tak lama lagi aku nak final lah kan? alahh.. aku pun tak tau ape yang aku belajar selama nih. hahaha pabo (stupid) lah aku nih. Tak boleh di nafikan yang aku memang target semua ke-empat subjek yang aku belajar semester nih semuanya nak dapat straight A's tapi entahlah aku nih cakap je melebih usahanya tak. *Tak habih-habih korea.*  <<< ayat mak aku.

Apa yang aku harap kan lulus cemerlang dan pass saje. Aku tak harap lebih sangat. Ape yang penting jugak aku kena berusaha. Tawakkal tu termasuk sekali tau. Yang lain biarlah kuasa Illahi dan tangan madam-sir aku yang memarking paper exam tuh nanti.

Aku lupa lah nak story ape. haaa tadi punya lah beria nak login belog aku nih semata-mata nak story-mory something. Kan dah lupa. Tulah orang lain makan nasi aku makan semut. kan dan nyanyuk. Tapi part dari story aku nih. Aku jugak nak story pasal "alien" baru aku nih.
Kalau nak di kira dah berminggu lebih dah aku guna alien nih. Aku guna handphone baru. Sony Xperia J.
Hahaha Alhamdulillah berjaya jugak aku memiliki alien nih setelah lama aku usha si Xperia J nih.
Sebenarnya tak sangka aku beli jugak alien nih. Aku ingat aku hanya dapat pendam kan minat aku terhadap Xperia J nih.




Aku akad nikah dengan Xperia J nih dalam bukan Ogos lepas. Aku lupe lah tarikhnye bila tapi belum masuk bulan September lah. Alhamdulillah, cantik jugak Xperia J aku nih. Dia warna putih. Camera pun okay. Lagipun ramai orang kata camera sony semart-semart and bagus-bagus belaka. Asalnye aku belah-belah bagi jugak nak beli Xperia J atau Samsung atau iPhone. Nokia konfirm lah tak tersenarai sebab handphone aku dulu Nokia so sekarang nak tukar taste-rasa lah pulak. Mulanya aku ada jugak usha Samsung tetapi aku rasa Samsung terlalu femes sebab tuh aku tak jadi nak beli.. Ahh tak payah lah aku nak xplain sangat sebab nanti korang yang tak paham. Kalau iPhone pulak..aku pikir sebab aku dah ada iPod so function iPod Touch sebijik macam iPhone.So, pilihan aku Sony lah. Tambahan lagi, aku bekenan dekat Sony nih sebab title nama dia. Cam Sony Xperia J lah.  Xperia J ( J for Jiyong) Jiyong??? <<< nama G-Dragon hahaha! Dulu pernah plan nak beli Sony Xperia L sebab L tuh mengingatkan aku pada L Infinite *pabo!*





Alang-alang dah sebut pasal L Infinite. Aku teringat dekat konsert Infinite. Lagi sekali aku tak dapat nak pegi lagi. Macam biase lah alasan aku - Tiket dah habis dan Tak sempat nak beli sebab terlepas tarikh launch tiket tuh - Agak terkilan sebab aku nak jumpa si Abe Myungsoo ni haa. Terkilan sesangat apa bila aku nyanyuk sampai boleh terlepas tarikh penjualan tiket tuh. Aku tak lah terkilan sangat kalau aku tak dapat beli tiket tuh tapi at least aku tahu bile tarikh penjualan tiket tuh. Okay, takde rezeki. 
Myungsoo,meet you in Korea. Wait for me dear.  


Okay,aku dah blur. Blank dah nih. Tak tau nak citer ape dah -.- okay aku nak ending dulu lah. Insha ALLAH cuti semester aku update lagi. :) *ngantuk*


ouh GD




No comments: