Monday, March 11, 2013

one shot

ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS :)

ish ish ish lama sungguh aku tak update belog nih. Maybe sejak semenjak nih aku sibuk dan sebab tu aku TAKDE masa nak melayan menda alah nih. 
Since sejak masuk semula semester baru nih, aku agak beezy sikit dengan hal dunia. Lagi lah pulak dengan subject eventho "nampak" sikit tapi nak studynye "nampak" banyak gile.
Untuk semester nih aku belajar 4 subjects. Walaupun 4 subjects, tapi bagi aku bagaikan lembu yang dipikul dengan dua belah tangan. Berat tanggungjawab nak study subjects tuh. Tapi apakan daya sebagai seorang pelajar nak tak nak kena melalui dengan sabar dan tabahnya.
Actually,nak strory sikit pasal subject yang aku belajar nih. Ehem
4 Subjects yang aku belajar nih adalah  PSYCHO,CI,RIM & ENG.


nilah subject yang aku amek. Basic Psychology :) Disebabkan aku masih asasi lagi so aku belajar basic dulu. In Shaa ALLAH sambung degree dekat UIA GOMBAK nanti aku dah plan nak amek bidang Psychology. Alhamdullilah, sepanjang pembelajaran bagi subject nih..aku dapat ikuti dan aku rasa tak lah susah sangat. Maybe? or maybe sebab aku "minat" dengan psycho so aku rasa tak susah. Lagipun,aku dah lama tunggu ke-excited-an tuk belajar subject nih..mungkin aku bercita-cita nak jadi Biological Psychologist atau Forensic Psychologist kut? Hahahas gedik semata-mata *muntah pelangi* okay hirau kan ape yang aku tulih nih.

Then,subject seterusnya iaitu CI atau nama panjangnya Contemporary Issues in Muslim World. Gile panjang nama dan gile susah subject nih. Okay, bagi aku..orang yang hebat dan minat dalam Sejarah maybe excited nak belajar subject nih tapi bagi aku yang tak suke dengan sejarah dan agak lemah dalam sejarah mungkin agak susah teramat tuk aku mendalami subject nih. Subject nih banyak berkaitan dengan sejarah dan tamadun Islam di Negara2 Muslim. Walaubagaimanapun, agak best kalau layan dengan subject nih tambahan pula,dapat lecturer yang pandai bergurau,suka bercerita dan agak tegas? okay, hirau kan.

Seterusnya,subject RIM. Janggal tak? hahah okay, RIM atau Religions in Malaysia iaitu subject yang belajar semua tentang agama yang ada di Malaysia.Seriously, bagi aku susah dan aku maleh nak xplain beria sangat. Okay,memang susahlah. -.-

Last,sekali English. Takpayah nak cerita beria sangat biasalah belajar english macam belajar semasa sekolah menengah dulu XD.
Btw,Alhamdullilah sebab sepanjang aku belajar takdelah pulak stress-stress macam nak sawan bebagai. Ape yang aku harapkan semoga aku dapat tempuhi segala ujian sepanjang aku bergelar student nih. :D


 photo B-A-P-STOP-IT-bap-EB-B9-84-EC-97-90-EC-9D-B4-ED-94-BC-32555580-500-267_zps97e6b10b.gif

TAMBAHAN: Sejak akhir-akhir nih aku asyik layan B.A.P. Mungkin aku dah suka kat dyeorang kut. Since aku kenal dyeorang masa lagu NO MERCY & STOP IT tapi lepas je addicted dengar lagu RAIN SOUND aku mula tertarik dan berminat nak tau pasal dyeorang. I THINK I"M A BABYZ NOW~ yeaahh

*nanti aku sambung citer pasal bias B.A.P aku untuk next entri seterusnye*
p/s: BM tunggang langgang. Harap maklum. Sekian



No comments: