Wednesday, January 2, 2013

flashback 2012

Assalamualaikum :) Annyeong :)


Sebelum tuh Happy New Year 2013 :) untuk tahun baru nih kan aku takde azam baru. Bukan aku bermaksudkan yang aku nih "orang yang tak berwawasan" tapi azam aku masih sama. 'Tingkatkan amal ibadah dan amalan and make parents proud " :)

okay,entri kali nih aku taktau nak tulih ape.Tapi aku tetap beniat nak update belog aku nih.So,aku beridea nak mengimbas kembali semula moment-moment masa tahun 2012 tuh. 

p palang s: maaf kalau aku  banyak berbahasa english -.-

January-February 2012

Pada bulan tersebut,aku tak banyak sangat mengupdate belog.Mungkin pada masa tuh aku baru sahaja habis espiem so,aku berjimba sakan menghabiskan masa di corong-corong YouTube.Pada masa tuh jugak aku berkeputusan untuk mengisi masa "lapang" aku dengan menjadi seorang pelajar STAM *sekarang dah jadi ex - * Kehidupan aku masih diteruskan melalui bulan February,pade bulan tuh aku masih menjadi seorang pelajar STAM.Oleh itu,aku mula start kamcing dengan sensei-sensei yang mengajar STAM.Yang sedeynya salah seorang sensei aku nih kena berhenti mengajar STAM atas sebab-sebab tertentu. Tulah membuat kteorg sebagai pelajars-pelajars STAM sesedey teramat.


March-May 2012

Tak banyak sangat aku story-mory pada bulan tersebut cuma nak ringkaskan aku banyak habiskan masa dengan menonton drama-drama korea dan jepun aku tuh. Pada masa yang sama,aku turut sharing pengalaman masa aku ditahan wad di Institut Jantung Negara akibat masalah jantung. Aku turut jugak sharing kegembiraan aku apabila aku dapat UPU and yeessss! syukur Alhamdullilah aku berjaya dan sekarang nih aku jadi salah seorang pelajar UIA dalam bidang Human Sciences. Disebabkan aku masih Asasi so aku belajar sume perkara. In Shaa Allah masa degree nanti aku berazam nak amek psychology. "Becoz I wanna be a biological psychologist bebehhhhhhh"



June-October 2012

Pada bulan tersebut,aku jarang update dah.Mungkin sebab aku sibuk semasa di UIA dan mungkin akibat ketiadaan berkalan WiFi serta kelembaban WiFi di universiti aku tuh membuatkan aku takde semangat nak update belog.Di bulan August,aku sharing masa aku beraya hari pertama di Kedah.Tak banyak sangat aku sharing tapi tulih memanjang sebab aku citer pasal lain.

 p/s: Pada bulan July dan September,aku takde mase langsung nak buat entri atau mengupdate belog,so no section and entry for July and September 2012.

Nak disambungkan lagi,pada bulan October aku bersyukur Alhamdullilah kerana aku dah tamat dan selesai menjalani Sem Pertama aku.Dan pada masa tuh aku bercuti sem selama 3 bulan lebih!. Pada bulan nih aku citer ketidak-puasan-hati aku sebab tak dapat pergi concert BIGBANG -.-




November-December 2012

Pada bulan nih,aku banyak update pasal kekorean aku tuh.Pada masa sama jugak aku sharing kejakunan aku pabila artis malaysia,Nazim Othman retweet tweet aku. HAHAHAHA.Aku jugak berkesempatan menghabiskan masa aku hangout dengan bestfriend aku.Diikuti bulan December iaitu bulan terakhir bagi menutup tirai tahun 2012,aku story-mory kegembiraan dan kegedikan pasal peee-s-peee tuh. Aku jugak sharing kisah "eksperimen" cuka garam aku tuh jugak.


Itu jerlah yang nak aku tulih kan bagi entri kali nih.Moga-moga tahun 2013 nih aku rajin update belog nih ek :)

No comments: