Wednesday, August 22, 2012

berzaman =.=

Assalamualaikum :3

Syukur ALHAMDULLILAH..aku masih boleh bernafas dan dapat meng-update belog lagi serta korang jugak yang masih boleh bernafas, jugak masih boleh membaca dan meng-visit belog aku nih lagi. Lama betul aku tak menaip dan merepek dekat belog nih.Itulah, perkataan TAKDE MASA tuh jugak yang dijadikan sebagai alasan.Sebelum tu,SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN. Moga-moga raya tahun nih lebih FANTASTIC dan WONDERFUL lah ek? p palang s : aku pun taktau macam mana aku boleh terfikir nak jadikan BIGBANG sebagai 'model' bagi graphic kad raya aku nih. One word : CUN!

Berbalik pada niat yang sebenar aku, sejak masuk ipta..aku sukar nak mencari masa yang 'sesuai' untuk menaip belog aku atau erti kata lain..UPDATE BLOG~Nak kata aku busy sangat..taklah jugak..dok dekat uia tuh aku online jugak.. mungkin environment je yang tak sesuai bagi aku.Yela,aku selalu mencari ketenangan dulu baru aku ada 'mood' nak update belog nih.Kalau takde 'mood' tak bestlah dan tak enjoy nak menaip. Itulah perspektif aku (rasa macam salah eja je =.=) Walaupun setiap kali aku pasang niat untuk update belog nih tapi tak tercapai jugak =.=
Sebagai kesimpulan,kalau ada niat yang kuat,azam,mood dan ketenangan konfirm aku update belog lagi :3



Nak sambung lagi,raya tahun nih aku beraya di Kedah. Wow~ lama tak beraya pada RAYA PERTAMA di kedah. Best lah.Dan yang paling best 'sangat' berat badan aku naik. memang tak boleh dinafikan dok beraya di sana pergi makan bermacam2 juadah sampai perut rasa penuh pun boleh dimampat lagi. teruknya. Btw,salah satu makan yang 'wajib' dihidang dan konfirm memang ada lah mende tuh..ialah ketupat palas atau kalau di translate guna Google bermaksud boiled rice wrapped in palm leaves. Okay..guna yang melayu is better. :3.Memang sedap makan nih dengan rendang daging.Bile time kunyah tuh then nak telan memang rasa nak menjerit sambil WOW~ FANTASTIC BABY!~ hahaha tapi memang sedap lah. Bagi aku ,makan-makanan belah utara nih memang rase unik lah weii..*meleleh ayaq liur* kalau tengok dan tak makan.*rugi beb* macam2 aku telan sepanjang raya nih.Kuih raya janganlah kate memang banyaklah wei~Itulah raya..bak kata orang macam nak balas dendam sebab time ramadhan tak leh nak makan sgt =.= so? raya jadi 'mangsanya' . ( saya tak paham apa yang saya tulih..apatah lagi anda). Walaubagaimanapun,target nak dapat duit raya yang banyak untuk tahun nih masih tak tercapai jugak =.= (WHATT? RM 12.00 =.=)

Cukuplah cerita pasal raya,dan aku tau raya korang mesti hebat-hebat kan mengalahkan aku nih.Lagipun,aku dah balik ke pahang semula dan bersiap untuk prepare bagi open house aku nanti.Jemput-jemuputlah datang hahaha.
FYI,aku mule terfikir pasal game favourite aku yang aku addicted sangat rasenya.Serious.ADDICTED GILEE~
Name game nih Suikoden.Game nih memang banyak series macam drama pulak aku rasa tapi taklah sehebat macam Final Fantasy yang boleh ibaratkan *tiada perhujung* nye~ .Sorry ,saya bukan gamer bagi Final Fantasy.Kurang minat. *Yela tuhhh*Berbalik pada game yang aku nak story nih..game nih aku main dari musim satu dan sekarang tengah main untuk musim keempat~ Peehhh kalau nak cerita tahap perjalanan aku main mende nih dan nak dikenangkan semula memang payah lah sebab dah lama dah aku main game nih~ . Walau bagaimanapun,disebabkan game nih jenis game role-playing..sudah tentu aku kekal kan "username' hero sebenarnya dengan nama REW. Aku tak taulah kenapa tapi sejak main musim pertama aku saja nak guna nama macam tuh..then aku pikir balik nama tuh sangat sesuai dengan wataknya,so hebat jugak aku nih sebab pilih nama cam tuh * amek setengah jam nak pikir..weirdo*

Tada,,nih watak sebenarnya~ INDAHnya mukenyee~~~ huhu.Actually,nak terang dengan lebih lanjut agak susah sebab aku malas nak taip lagi dah sebenarnya.Nak dipendekkan ,puas aku buat research bagi game nih.Maksud aku game Suikoden bagi musim yang aku main nih.Sebab sekarang aku tak tau cara dan jalan penyelesaiannye sekarang bagi mission yang aku hadapi tuh. Memang rasa geram.Rase nak hempas controller tuh. Sebab pasal tuh lah aku selalu mengeluh dan mengadu pasal tuh dekat abang aku yang bagi aku aku dan dia adalah GAMER tegar di dalam rumah dan dalam adik-beradik kiteorg.Aku ingat lepas aku mengadu pasal tuh dekat abang aku..manalah tau dia dapat tolong nak main kan sekali ke or bantu aku ke tapi malangnya, "Adek tuh yang tak pandai main,nak salah kan game pula", itulah ayatnya.so,aku kena cari jugak jalan penyelesaiannye sendiri.

Dah aku takde idea nak taip apa.Aku tau korang pun dah menguap baca apa yang aku taip nih.Dan aku tau aku taip entah apa-apa je.So,FULL STOP

bye,saranghe ♥


p palang s : minat dengan movie Saw."I wanna play a game".

No comments: