Sunday, April 22, 2012

tiga hari.

Tipulah kalau aku kata yang dok kat dalam wad merupakan perkara yang menyeronokan.Seriously,bukanlah best sgt dan jujurlah memang bosan dok merempat selame 3 hari kat dalam wad tu.Minggu lepas,pade 17.4.2012 aku ber'appointment' dengan doktor dan pade hari itu jugak aku kena masuk wad di IJN. Wow~3 hari tuh aku rasa lama je.Tapi aku nak buat camne nak tak nak aku kena lakukan jugak melakukan Cardiac catheterization tu.Pada hari pertama banyak betul nurse yang berbuih mulut memanggil nama sweet aku tuh.Yelah,banyak perkara yang kena buat pada hari pertama tuh.Antaranya,amek darah,tekanan darah,suhu badan dan macam-macam lagi.


Inilah "klinik" aku.Disebabkan aku masih berumur 17 tahun dan belum lagi memasuki 18 tahun,aku masih dikategorikan sebagai "budak kecik" .Kadang-kadang aku segan nak bergeng dengan bebudak yang lain sebab dyeorng "kanak-kanak ceria" sgt.

Disebabkan aku check-in wad pada pukul 2pm,alhamdullilah sempat jugak aku makan tengahari dan solat zuhur.Yela,IJN tu besaq sangat sampai ayah aku dok bape kali tanye abg guard tu.Sekali lagi aku bersyukur sangat sebab aku dapat bilik wad yang single punye siap ade bilik air.Rasa macam dok hotel pun ade ~ macam umah sendiri ~ Aku bersyukur sebab kalau dapat bilik sorang nih mak & ayah aku boleh dok sekali.Kalau bole sepanjang aku kat dalam wad tuh aku nak mak & ayah aku sentiasa berada di samping aku. ~ nampak sangat aku ni penakut~

Tak dinafikan memang nurse-nurse di situ layan aku dengan baek punyer! aku rase macam princess je hahaha.Btw,name tag tu memang wajib di pakai bagi pesakit & penjaga .Walaupun ku rase agak rimas je apabila memakainya~.
Hahaha aku saje mengedik nak capture tisu nih

Salah satu perkara yang aku tak suka.Letak bende alah nih memang menjengkelkan =.= Nak amek wuduk pun payah.Tapi kalau tak letak mende ni tak bolehlah pula nak sumbat "air" kat dalam badan aku pula.Btw,pade 18.4.2012,aku kena berpuase pade pukul 4 pagi sampai tengahari sahaje. Sebab pade hari tu aku menjalani Cardiac catheterization atau ayat melayunye "masuk tube".Seriously,aku takut.Nak nagis pun ade ~ memang aku nagis.Banyangkan perkare itu dilakukan ketika aku berade dalam keadaan sedar~ mane tak nagisnye.Doktor tu pula bius bahagian kaki kanan aku je.Berselawat & berzikir aku semaase aku dapat merase "tube-tube' tu masuk dn merayau-rayau sambil bersiar-siar dalam badan aku. Perit rasanya.Lepas selesai "perkara tuh" aku tak dibenarkan bergerak selame 6 jam! fulamakk memang sakit sendi rasenye badan aku nih.
Perkara yang membuat aku suke dok kt IJN tuh,makanan disitu enak-enak dan sodap-sodap berlakee~ hahaha yang paling best IJN tuh aku rase macam syurga sandwich je.Banyak betoi jenis2 sandwich yang berpelbagaian yang ade jual disitu.

As conclusion,aku dapat MC selame 2 minggu akibat menjalani ujian tersebut.So,aku off pergi sekolah n berhenti seketike tuk belajar muet.Bad news pula,aku kena operate nanti. =.= ohmaigod.

1 comment:

qina said...

Ya Allah, saya tau perasan awak cam mana. Moga awak cepat sembuh ya :))