Friday, March 11, 2011

kalau tak de rotan , pelempang pun boleh

Sepatutnya aku updated belog bukan pada malam ni,masa ini..tetapi pada petang tadi.Hujan lebat amat suka interframe.Patutlah hujan sesangat..ada petanda rupenya =.= sebelum aku nak menjadi budak baik dan simpati aku nak berpepatah.. jap

peehh sangat sejuk betol malam nih =.=

Okay,memang dari semalam hujan tak henti-henti.Entahlah bila nak berhenti.Patut ker aku nyanyi supaya hujan berhenti atau pegi ker hutan sebab nak cari katak lalu bawa balik umah & suruh katak tuh nyanyi then hujan akan berhenti? peehhh apesal bonggoknya aku nih..berdoa jer lah kepada ALLAH supaya hujan berhenti..AMIN

Tutup pasal hujan-hujan nih...baru aku teringat tadi aku pegi sekolah.Akhirnya jejak jugak kaki aku ke sekolah buat kali terakhir sebelum sekolah nak tutup untuk holidays seminggu yang setart minggu depan :) Syak wasangka..sah-sah budak asrama happy gila nak mampos!. Kalo mengikut kederat aku memang malas nak pegi sekolah tapi aku kasihan dekat bestfren aku,syaima' sebab malam nih dia kena perform debat bahasa inggeris di sekolah al-wosto ( maaf sekolah tuh tak famous di malaysia hanya dikenali di pahang sahaja.) Malam ni dah setart MASISUPA. Apakah itu??? mesti tetanya-tanya kan? MASISUPA tuh just name famous jer..dalam erti kate lain bak kate Tok aku kat kampung hari sukan jer~ bersaing antara sekolah-sekolah~ & yesss aku salah seorang pelajar yang mewakili yang tidak masuk mane-mane pertandingan :) Aku maleh nak amik tahu pasal sume tuh :) lagipun aku kurang active bermain sejak kecil. Aku tahu malam nih kawan aku ber-struggle gile untuk debat tuh. Please dear come on! naikkan & bangga kan kelas kita!. But dia berharap sangat aku pergi datang ke sekolah tuh tengok & beri sokongan kepadanya~ Tapi i'm so sorry sesangat sebab aku tak bole nak datang =.=




Sebab nih lahh~ Jarak dari umah aku ke sekolah tuh 30 minit~ kalo balik tambah 30 minit~ nak dikatakan setengah jam pi ke tempat tuh~ Dahlah gelap + hulu.Bukan mengata..seram jer nak pi sane..tapi aku akan pegi pada hari besok waktu malam sebab mak aku nak tengok sekali bagaimana saingan nya~ ( sorry tade ayat nak taip).Kepada kawan ku yang bertanding GOOD LUCK okay! :)



Ouh =.= agak mendukacitakan. Di Jepun sibuk heboh pasal tsunami. ouh sangat teruk! aku dapat tahu some of Hey! Say! JUMP members masuk hospital.Aku tak tahulah siapa tapi aku baca salah seorangnya ialah YUTO NAKAJIMA! =.= harap tuh sume tak betol! ( and berharap syaima' best fren ku itu tidak tahu..dia sgt suka si YUTO itu!)


Aku rasa aku nak berhenti menaip.teringin pula nak pi minum milo sambil menonton Raja Lawak :) okay out & salam :)

No comments: