Saturday, November 20, 2010

Tips Mudah Tapi Susah Nak Kuruskan Badan

Semua orang nak kurus dan langsing mcm model...tapi tak ramai yang mampu kurus mcm tu....Diet, pil2 dah try tapi smpai skrg tak de improvement..Lagi mencanak naik adalah....So dibwh ni disebutkan tips2 mudah nak kuruskan badan...walaupun kadangkala sukar tuk dilaksanakan....heh...heh..hee...


1. Jangan guna jalan pintas(shortcut) yg boleh mendtgkan kesan sampingan cthnya tak makan nasi selama 3 bulan. Nasi adalah karbohidrat yg penting utk memberi tenaga. Karbohidrat, protein & lemak perlu ada dlm makanan seharian tapi perlu seimbang. Cuma kuantititi nasi hendaklah dikurangkan sebaliknya lebihkan makan sayur2an & buah2an segar. Cuba tukar gaya makan anda kpd ‘makan sayur berlaukkan nasi’ dan bukan ‘makan nasi berlaukkan sayur’. Namun diet hanya menyekat makanan/kalori berlebihan tetapi lemak dlm badan perlu dibakar. Jgn percaya pil2, ubat2 kuruskan badan.....kebanyakannya ada side effect....


2.Bersenam: senaman adalah pembakar lemak. Senaman perlu disiplin (minima 20 minit setiap kali, 3 kali seminggu) & jangan berputus asa. Mulakan dgn berjalan pantas atau berjogging atau berbasikal atau berenang bagi mengurangkan impak kepada sendi. Setelah stamina meningkat tambah masa senaman dari 20min ke 30min ke 45min dan seterusnya diselangselikan dgn mengangkat bebanan.


hmm…jangan angkat berat2 sangat…ikut kemampuan laa…

3. Banyakkan minum air kosong.

4. Parking kenderaan jauh sikit daripada tempat yg hendak dituju supaya boleh berjalan. Buat cam gambar bawah ni pon boleh.


5. Utamakan naik tangga dari naik lif.


6. Kurangkan makan di luar. Masakan sendiri kita boleh kawal garam, lemak dsbnya.

7. Jangan simpan coklat, biskut raya, chekedis, junk food di pejabat (terutama kat drawer tu).


8. Jangan abaikan sarapan pagi, tetapi makan makanan berserat tinggi spt oat.

9. Jangan selalu timbang berat badan tapi guna ukuran seperti seluar dah longgar, boleh pakai jeans dgn selesa dsbnya.


10. Jangan target terlampau tinggi sangat, turun 1kg sebulan adalah lebih sihat berbanding 4kg dlm 1 bulan.


11. Libatkan keluarga dlm proses ini. Senaman bersama keluarga lebih bermakna bagi mengeratkan hubungan.

12. Lepas senaman atau aerobik jangan la pergi makan nasi lemak pulak.

13. Bagitau kawan2 atau keluarga target anda dan catat pencapaian anda dlm diari atau blog atau kat mana2 sajalah.

14. Bagi reward kpd diri sendiri jika target tercapai.

15. Mulakan SEKARANG dan jgn bertangguh2 lagi utk mencapai berat badan yg sihat. Kira BMI anda skrg!

Apapun, jika anda malas atau tiada keazaman yg kuat, tips-tips mudah tersebut pasti terasa susah utk dipraktikkan....... Tapi kalau nak seribu daya kan? Selamat mencuba!

No comments: