Saturday, January 4, 2014

2014

 photo kai_zpsf1c84801.gif 
*first gif for New Year*

Assalamualaikum.
Agak kekok nak menaip sebenarnya. Sebab dah lama tak update belog nih. Kenapa lah baru sekarang aku nak update? Actually, dah nak dekat 3 bulan aku bervacation dan hanya menunggu masa untuk masuk semula je ke CFS pada 12/1/2014 ahad nanti. Ahhh,sepanjang cuti aku memang plan nak update belog tapi tak kesempatan pula. Yee, aku ngaku aku memang busy dengan drama Korea/Jepun aku tuh. Boleh lah nak dikatakan sepanjang hari aku menonton drama Korea. *tonton jer banyak tapi cakap korea pun tak reti-reti* .Tulah kehidupan aku sepanjang cuti. Hahahaha kalau kawan-kawan aku bagus gile sesangat,diaorang sepanjang cuti nih pi kerja part-time.Hrm? kenapa lah aku nih pemalas? kenapa lah aku tak boleh nak jadi macam dyeorang. Rajin semacam. pfffff -.-

Aku berharaplah yang aku nih kira sempat lagi nak wish Happy New Year nih. Tak sangka dah masuk 2014 dan tak disangka jugak umur aku pun meningkat. Sekejap aku rasa diri aku nih tua, sekejap aku rasa yang aku nih "forever young" lah sangat. *tangan dibahu*. Overall, Happy New Year! Semoga 2014 nih jadi WONDERFUL lah sikit dari tahun lepas. Okay, pasal azam tahun nih,aku rasa azam aku masih sama lagi. Eh azam yang sama? Eh tak kan lah tak tercapai langsung azam yang tahun lepas tuh? Hrm, actually, azam aku masih sama macam tahun lepas. Bagi aku,aku nak still perap azam yang sama setiap kali masuk Tahun Baru. Hahaha, kenapa? entahlah aku pun taktau. END

p/s: sedey terkenang akan laptop lama aku tuh, laptop kena curik so kena usaha-lebih download videos2 kpop semula. =.=


Sunday, September 15, 2013

tonight, i'm crooked

Assalamualaikum penduduk bumi :)
Agak kekok aku nak taip nih. Boleh nampakkan yang aku nih dah lama tak update belog. Aiseh, sibuk-sibuk lah semenjak nih. Sibuk dengan belajar,assignment,nak revision lah lagi dengan sibuk nak habis kan drama korea-jepun yang bersarang berlambak dalam hard disk aku tuh.
Tulah kehidupan aku. Aku jugak turut sibuk sebagai hamba ALLAH dalam melakukan perintahNya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Pejam celik pejam celik dah lama masuk bulan September. Alah,tak lama lagi aku nak habis dah semester satu tahun ke-2 di CFSIIUM - 3 minggu lagi - Wow,kiranye tak lama lagi aku nak final lah kan? alahh.. aku pun tak tau ape yang aku belajar selama nih. hahaha pabo (stupid) lah aku nih. Tak boleh di nafikan yang aku memang target semua ke-empat subjek yang aku belajar semester nih semuanya nak dapat straight A's tapi entahlah aku nih cakap je melebih usahanya tak. *Tak habih-habih korea.*  <<< ayat mak aku.

Apa yang aku harap kan lulus cemerlang dan pass saje. Aku tak harap lebih sangat. Ape yang penting jugak aku kena berusaha. Tawakkal tu termasuk sekali tau. Yang lain biarlah kuasa Illahi dan tangan madam-sir aku yang memarking paper exam tuh nanti.

Aku lupa lah nak story ape. haaa tadi punya lah beria nak login belog aku nih semata-mata nak story-mory something. Kan dah lupa. Tulah orang lain makan nasi aku makan semut. kan dan nyanyuk. Tapi part dari story aku nih. Aku jugak nak story pasal "alien" baru aku nih.
Kalau nak di kira dah berminggu lebih dah aku guna alien nih. Aku guna handphone baru. Sony Xperia J.
Hahaha Alhamdulillah berjaya jugak aku memiliki alien nih setelah lama aku usha si Xperia J nih.
Sebenarnya tak sangka aku beli jugak alien nih. Aku ingat aku hanya dapat pendam kan minat aku terhadap Xperia J nih.




Aku akad nikah dengan Xperia J nih dalam bukan Ogos lepas. Aku lupe lah tarikhnye bila tapi belum masuk bulan September lah. Alhamdulillah, cantik jugak Xperia J aku nih. Dia warna putih. Camera pun okay. Lagipun ramai orang kata camera sony semart-semart and bagus-bagus belaka. Asalnye aku belah-belah bagi jugak nak beli Xperia J atau Samsung atau iPhone. Nokia konfirm lah tak tersenarai sebab handphone aku dulu Nokia so sekarang nak tukar taste-rasa lah pulak. Mulanya aku ada jugak usha Samsung tetapi aku rasa Samsung terlalu femes sebab tuh aku tak jadi nak beli.. Ahh tak payah lah aku nak xplain sangat sebab nanti korang yang tak paham. Kalau iPhone pulak..aku pikir sebab aku dah ada iPod so function iPod Touch sebijik macam iPhone.So, pilihan aku Sony lah. Tambahan lagi, aku bekenan dekat Sony nih sebab title nama dia. Cam Sony Xperia J lah.  Xperia J ( J for Jiyong) Jiyong??? <<< nama G-Dragon hahaha! Dulu pernah plan nak beli Sony Xperia L sebab L tuh mengingatkan aku pada L Infinite *pabo!*





Alang-alang dah sebut pasal L Infinite. Aku teringat dekat konsert Infinite. Lagi sekali aku tak dapat nak pegi lagi. Macam biase lah alasan aku - Tiket dah habis dan Tak sempat nak beli sebab terlepas tarikh launch tiket tuh - Agak terkilan sebab aku nak jumpa si Abe Myungsoo ni haa. Terkilan sesangat apa bila aku nyanyuk sampai boleh terlepas tarikh penjualan tiket tuh. Aku tak lah terkilan sangat kalau aku tak dapat beli tiket tuh tapi at least aku tahu bile tarikh penjualan tiket tuh. Okay, takde rezeki. 
Myungsoo,meet you in Korea. Wait for me dear.  


Okay,aku dah blur. Blank dah nih. Tak tau nak citer ape dah -.- okay aku nak ending dulu lah. Insha ALLAH cuti semester aku update lagi. :) *ngantuk*


ouh GD




Tuesday, May 21, 2013

2nd confession

Salam, Earthlings. :)

First, lama tak update belog.
Second,aku nak sambung story-telling yang previous entri harituh.
Third, ....... ? o_o

Okay,Assalamualaikum again, syukur Alhamdullilah aku dan kau dan kite semua masih bernafas dan dapat menghirup udara segar dekat Malaysia nih. Tambahan lagi,Malayisa nih sekarang panas semacam jer.So,banyak-banyak kan minum ayaq masak dan stay healthy dan jangan demam.

Aku bersyukur Alhamdullilah lagi, bahawa aku telah pun menghabiskan sisa-sisa hidup setahun dekat Pusat Asasi UIA a.k.a CFS IIUM atau nak di paham kan lagi UIA. Alhamdulillah, dah setahun aku bergelar pelajar dekat situ. Tinggal setahun lagi aku akan belajar di pusat asasi tersebut.
  'Ya ALLAH,tabah kan hati ku,semoga aku dapat bertahan dan bersabar sepanjang aku bergelar seorang pelajar,ya ALLAH. amin."


**muka bersyukur**



Entri kali nih,actually nak sambung pasal previous entri yang hari tuh. Kalau korang masih ingat,aku nih berazam semangat nak pegi concert GD tuh kan. Gedik. Okay,aku taknak nak homeh sangat pasal mende nih tapi plan aku yang aku rancang-bajet-stategik tuh maybe-not maybe menjadi.

Kisahnye, nak dipendekkan storynye..pada 11 May 2013..pada tarikh tersebut jualan "launch' ticket concert tersebut dijual. Aku memang plan nak beli,aku dah bagi "kad bank" aku dekat kakak aku. So,kakak aku tolong belikan. Malangnye,ticket bagi RM188 dah habis. Sedih. Akak aku call aku bagitau ticket dah habis cuma hanya tinggal RM388. Akak aku plan nak beli ticket RM388 tuh untuk aku. Tapi aku bantah. Aku taknak. sebab niat aku hanya nak ticket RM188. So,pade hari tuh aku mule frust menonggeng sebentar. Tapi,nak di pikir kan semula..chillex dohh concert tuh lambat lagi.Aku rasa aku masih boleh berusaha cari dan beli ticket tersebut, Nampak tak semangat aku tuh? aku tak pernah semangat macam gini. Okay,betul sungguh peribahasa "usaha tangga kejayaan" nih..,aku yakin masih ade ticket untuk concert tuh. kalau ade rezeki aku pegi tau. hahahaha. Gedik pulak rasenye.

Then,di sebabkan aku tengah cuti tiga minggu lebih nih,aku taktau nak buat ape.Oleh tuh,aku plan aku nak qada'-kan drama-drama Jepun dan Korea yang banyak aku tertinggal. Fuhh penat tuh.sebab banyak sangat episodes nak di-qada'-kan. Semoga dapat aku menghabiskan sebelum masuk semester baru nanti.
Gambatte! Hwaitting!


aku nih mata keranjang. Aku suke dekat Ilhoon BTOB nih pulak. Muaahhh

Saturday, May 4, 2013

problem berat -.-

Salam.
aku rasa lama dah aku tak menjenguk belog aku nih.
Maaf,disebabkan berkalan internet yang tidak mencukupi aku tak berkesempatan nak update belog aku nih.
Maybe,jugak aku "berperasan" sangat yang aku nih terlalu busy dengan hal sendiri sampaikan aku takde masa nak update belog aku nih.
Tambahan pulak,nak dekat final exam nih berbusy "sesangat" aku nih. *tokok tambah*
FYI,aku bukan jenis seorang yang "ulat buku",so ape kejadah aku nak berbusy pepasal?
-.- okay,lebih baik aku teruskan hajat sebenar tujuan aim aku nak update belog bagi entri nih. Sila hiraukan ayat "berbusy" tuh sebab aku mula nak pening ape yang aku cube katakan nih -.-

Kalau korang perasan pada title bagi entri kali nih,nampak sangat "berat" problem yang aku nak story-telling kejap-majap lagi nih.
Okay,first and foremost,point utama bagi entri nih and maybe boleh di jadikan total conclusion bagi entri nih nanti ialah "GD WORLD TOUR 2013 IN MALAYSIA".
So,dah nampak permainan disitu? hahahas.



First,bagi kpoppers dan VIPs (gelaran bagi peminat BIGBANG) korang confirm dan secara yakin dan sah dah tahu pasal concert g-dragon nih kan?.
FYI,aku sebagai VIP,kalau boleh nak lah jejak "sekali seumur hidup" nak pegi concert g-dragon nih.Maybe sebab, ALIVE TOUR BIGBANG hari tuh aku tak pegi termasuk GDA .
FYI lagi, aku dah plan bagi urusan kewangan 100% guna duit aku. Ceehhhhh -.-



Okay,nampak tak pelan kedudukan bagi setiap seat mengikut bayaran nih.Aku rancang yang aku nak beli tiket bagi seat CAT 4 yang kuning tuh berharga RM188 tuh. Walaupun,free standing dan jauh dari stage tapi nak buat macam mana itu saje yang aku mampu.  So,aku plan nak keluar duit bajet dalam RM400 (tak termasuk untuk transport pun). Lagipun,aku berniat nak berlanja akak aku untuk pergi concert tersebut sebab mana lah tau akak aku nak berlanja aku pulak pegi concert Super Junior yang khabarnya bakal nak  diadakan dekat Malaysia tahun nih. XD

Nampak tak secara jelas yang betapa beraninya aku nak "cucuk duit" dari bank dengan RM400 tersebut.Tapi aku,tak keluarkan lagi duit tersebut sebab aku baru "plan" jer dulu.

So,bagi urusan kewangan,buat masa nih aku mampu urus dan mampu handle dan mampu gune duit sendiri. 
Seterusnya,bagi "perjalanan" kesana,aku rasa yang tuh aku akan fikirkan kemudian sebab aku masih di area Selangor dan Kuala Lumpur so mampu aku pergi kesana dan agak bernasib baik bagi aku sebab concert tersebut diadakan pada 22 JUNE 2013,dan setahu aku...., aku baru saja masuk daftar bagi semester 1 tahun 2 2013/2014 bagi foundation. So,sah-sah "permulaan" pembelajaran tak dimula kan lagi.Sebab tuhlah aku rase "agak bernasib baik"

Eventhough,korang perasan yang aku nih "agak bernasib baik" pada hari tersebut dan "agak bernasib baik" yang aku mampu pergi ke concert tersebut tetapi jika ditenung other side masih jugak ade "tidak bernasib baik" bagi perspektif aku sendiri.
Apa yang nak aku  katakan bagi "tidak bernasib baik" nih ialah pertamanye, mak dan ayah aku..
Dulu,ayah aku tak bagi pegi concert k-pop sebab membazir duit mak ayah.Tetapi,aku plan dah yang aku nak gune duit aku sendiri.Tetapi kesimpulannye sekarang nak ke parents aku membenarkan aku pergi concert tersebut? Itulah masalahnye yang sampai sekarang masih bermain di fikiran aku.Tambahan pulak,dengan "keadaan" aku yang "sedia kala sakit" sah-sah parents aku tak bagi -.- aigoooo.

Second,ade khabar angin yang mengatakan bahawa exam speaking test MUET aku diadakan pada hari tersebut.Menjadi beban pulak lagi bagi aku sebab bagi events k-pop macam nih,is better pegi awal sebelum event tuh dimulakan.Sebab,kalau pergi lewat nanti tak dapat tempat,tambahan lagi, ramai orang pulak tuh. Okay,too hard nak explain pasal nih tetapi bagi sesiape yang dah ade experience pegi concert atau events k-pop nih,korang tau rasanye macam mane.

ish ish,itulah keluhan aku sebenarnye.Tapi aku tak "take it serious" sangat pasal nih.Bagi aku kalau ada rezeki aku pegi,kalau takde rezeki aku tak pegilah.Bagi aku maybe ada sebab aku tak pegi..atau maybe rezeki aku dapat tengok si G-DRAGON tuh dekat KOREA kut. hahahahahas *gelak gedik sebentar*


"I will try my best,oppa. I'm really wanna go to your concert at least once"

p palang s: aku tetibe secare suddenly abruptly tersuke dekat C-CLOWN nih. omg.









Monday, April 1, 2013

the crown and the leader.

Salam.
sepatutnye aku story-telling pasal nih pada hari semalam.
Tapi baru sekarang aku nak update entri pasal nih.
okay,pada hari sabtu bersamaan 30/3/2013
parents dan abang aku datang lawat aku dekat uia petaling jaya nih haa..
sepatutnya aku plan nak balik rumah. Tapi mak aku kate tak payah balik sebab mak aku nak datang lawat pada hari tersebut.
Lagipun alang-alang lawat aku..mak dan ayah aku jugak nak lawat akak aku dekat shah alam sambil hantar abang aku pulang semula dekat uia gombak.
Nak dipendekkan story.. seminggu yang lalu aku ada tempah satu barang kpop ni.
Disebabkan aku tak pulang ke rumah. Parents aku sanggup bawak kan barang k-pop tersebut.
Mula-mula aku bagitau dekat mak aku yang aku tak perlu dan tak payah lah bawak barang tersebut semasa datang lawat aku nanti.  Tetapi lain pulak jadinye...
Parents aku bawak barang k-pop tersebut semata-semata nak bagi aku tengok dan dyeorg suruh aku bawak dan simpan dekat dorm aku nih haa.

So,semasa dalam kereta nak menuju ke shah alam tuh..aku pun terdetik nak buka sampul poslaju sebab nak tengok barang tersebut. ( lagipun mak aku paksa aku buka cepat2 ).






Nampak tak? aku dah beli CROWN LIGHTSTICK BIGBANG yeaahhh finally I bought it! *original dari bau kedai YG Store..straight from Korea.* XDXD

Eventho,mak aku suruh bawak mende nih letak dekat dorm aku tapi aku tak nak sebab aku sayang so aku suruh ayah aku simpankan mende nih dengan penuh kasih sayang. :)

p palang s: crown lightstick dah ada cume ticket nak ke concert GD WORLD TOUR 2013 in MALAYSIA je aku tengah tunggu. XD.

TAMBAHAN: aku terbeli album SHINee walaupun pada mulanya aku niat sesangat nak beli album B.A.P one shot tuh. haaa setiap kedai cd dekat mid valley aku cari album B.A.P ONE SHOT tuh..alhamdullilah aku terjumpa satu kedai nih jer yang still ade 2 stock bagi album tersebut. So,apa lagi aku terus lahh beli. XD



btw, #itsBANGday 31.3.2013 !!! Happy Birthday to you XD (aku cilok dari twitter JongUp)


aku tak tau kenapa sejak minat dekat Best Absolute Perfect nih,aku mula rasa yang dyeorang sume nih amazing belaka. Oleh itu,aku isytihar kan bahawa LEADER BANG YONGGUK nih menjadi SECOND BIAS aku selepas JUNG DAEHYUN dalam B.A.P. bhahahaha ( third bias pula si ZELO tuh XD)